012-4064790

DEMAM PEPERIKSAAN

Musim Exam...Datang lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menjelang bulan September ramai pelajar semakin berdebar. Maklumlah ada banyak peperiksaan penting ketika ini.Peperiksaan UPSR, Peperiksaan percubaan PT3 dan peperiksaaan Percubaan SPM dan STPM.



Ramai ibu bapa dan calon peperiksaan yang sibuk membuat persediaan menjelang peperiksaan.Persedian awal sangat penting agar memperolehi keputusan yang cemerlang.

Disini saya kongsikan beberapa teknik belajar  cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. Buku ini saya beli buat rujukan diri sendiri dan anak-anak saya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.



Resepi Kejayaan  Nik Nur Madihah

Menurut beliau resepi kejayaannya ialah  menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan menjagahubungan dengan manusia(hablumminannas)

Dengan  Allah kita hendaklah menjadi hamba yang sebaik mungkin seperti yakin dengan kekuasaan allah, Solat diawal waktu, berpuasa sunat, membaca AlQuran, menutup aurat , berdoa dan berserah keada Allah dalam setiap  situasi.

Sementara hubungan sesama manusia jaga silaturrahim , tidak menyakitkan hati orang lain, menolong orang dalam kesusahan dalam apa cara , menghormati guru dan orang tua serta menghormati pendapat orang lain.

Teknik belajar

Beliau lebih suka belajar di awal pagi selepas mendirikan solat tahajud. dan membacaal Quran . Suasana yang sunyi dapat  membuatkan beliau lebih fokus.Di hujung minggu juga beliau  suka bangun awal sebelum subuh untuk mengulangkaji pelajaran.

Membentuk kefahaman yang betul

  *Memberi tumpuan sepenuhnya  ketika mengulangkaji
  *Semaikan minat semua mata pelajaran
  *Mempunyai nota lengkap untuk semua topik
  *Memahami pelajaran bukan menghafalnya
  *Menggunakan masa pendek yang terluang
  *Meninggalkan perkara yang membuag masa.

Memaksimakan Penggunaan waktu dalam kelas

Penerangan guru lebih baik dari pada membaca dan belajar sendiri. Masukkan dalam minda kita untuk memahami  setiap tajuk yang dipelajari ketika itu juga, Jangan ada niat untuk menangguhkan pemahaman kemudian.


Persiapan Menghadapi Peperiksaan

Sebulan sebelum Peperiksaan
#Mengulangkaji topik yang ditekankan dalam peperiksaan melalui soalan ramalan  dan soalan tahun-tahun       lepas.
#Visualkan dalam minda  bagaimana cara menghadapi peperiksaan sebenar
#Banyak solat hajat, membaca Quran dan berdoa

Seminggu Sebelum  Peperiksaan
#Membuat latihan sebanyak mungkin
#Menjaga kesihatan.Jangan terlalu kurang tidur
#Tumpukan bab-bab tertentu yang kita rasakan masih lemah
#Berdoalahlah untuk keyakinan diri

Sehari Sebelum Peperiksaan
# Semak sepentas lalu semua tajuk yang berkaitan untuk recaal apa yang telah di pelajari
# Berikan sedikit masa  jika kita bertemu dengan tajuk-tajuk yang kita was-was kerana kita mungkin terlupa     atau kurang menguasainya.
# Sediakan kelengkapan untuk peperiksaan pada hari esok seperti alat tulis alat geometri dan kalkulator.

Sebelum Masuk dewan peperiksaan
# Datang awal ke dewan peperiksaan
# Tengok sekali imbas tajuk penting melalui kad nota atau peta minda. Jangan bawa buku teks ke dewan           peperiksaan.
#Tenangkan diri dan relaxkan minda

Ketika dalam Dewan Peperiksaan
#Ambil kedudukan yang telah ditetapkan
#Set dalam fikiran untuk menjawab sebaik mungkin
#Tenangkan fikiran
#Tarik nafaspanjang dan hembuskan perlahan-lahan
#Berdoa buat kali terakhir

Apabila Buntu
# Pejamkan mata dan selawat kepada Nabi SAW
#Tenangkan diri
#Gunakan pengetahuan yang sedia ada  untuk menjawab  soalan. Jawab atau tulis dulu. Insyaalah maklumat yang lainkan menuruti kemudian. Proses ini dikenali sebagai "teknik output."
#Jangan meningglkan sebarang ruang kosong tanpa jawapan.

Apabila selesai Menjawab
# Recheck semula jawapan
#Ucaplah alhamdulilah  kerana allah telah memberi kita kekuatan untuk menjawab
#Kemas dan  susun kertas jawapan mengikut urutan

Selepas tamat Peperiksaan
#Beri ganjaran kepada diri sendiri kerana  telah berusaha bersungguh-sunguh
#Boleh berehatdan lakukan hobi yang disukai.


Berikut adalah jadual waktu bagi Peperiksaan UPSR 2014 semoga bermanfaat


Jaual bagi calon biasa

Jadual bagi calon berkeperluan khas

Selain itu disini sayakongsikan ebook pelajar Cemerlang MRSM yang kini sudah bergelar Jurutera dan usahawan yang berjaya.

rahsia pelajar cemerlang


Untuk Mendapatkan  Koleksi Soalan Percubaan UPSR and boleh klik 

koleksi kertas percubaan UPSR 2014 semua negeri

Doa, Tips dan panduan untuk UPSR, PT3, SPM & STPM

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara partime /fulltime dan ingin 3,4,5 angka jom join group MFMS yang sangat happening diMalaysia.

MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790

www.mimirohana.com

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/mimirohana




Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?