012-4064790

KESILAPAN DALAM PERNIAGAAN- IKTIBAR DARI KEGAGALAN

Bismillah

Assalamualaikum

Disini saya ingin kongsikan kisah saya dalam perniagaan konvensional . Semoga pengalaman ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

Latar Belakang

Saya mempunyai Diploma In Business Studies , ITM  dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM. Saya ni jenis yang tak reti duduk diam. Otak saya sentiasa ligat memikirkan apa yang saya boleh buat bila masa lapang . Selepas menamatkan pengajian PJJ saya di UUM  saya rasa sangat free . Tak tahu nak buat apa. Kalau dulu sibuk dengan sekolah, keluarga, kuliah dan assigment. Jadi jadual saya sangat padat.

Bila dah free otak ligat memikir nak buat apa pula lepas ni. Tiba-tiba timbul idea nak buat bisnes. Tapi nak buat bisnes apa pun tak tahu. Memandangkan saya seorang guru dan terlibat dengan buku-buku dan alat tulis maka timbullah idea nak buka kedai buku dan alat tulis.

Dari kecil kami adik beradik memang biasa menghantar kuih muih kekedai. Mak saya memang menyara kami adik beradik dengan jualan kuih pulut udang. Nenek saya sebelah ayah juga adalah peniaga barang kemas . Arwah nenek dulu berniaga barang kemas dari rumah ke rumah. Mungkin dari situ juga  yang saya berminat untuk berniaga.

tinggal kenangan
Tiba-tiba jadi tauke

Tanpa pengalaman saya dan suami telah membuka sebuah kedai alat tulis. Kami menyewa sebuah kedai dengan kadar sewaan Rm500 sebulan pada pertengahan tahun 2007. Pada awalnya saya menyewa sebuah mesin photostat. Saya dan suami mencari pembekal alat tulis di Alor Setar. Itu pun jenuh pusing satu Pekan Cina untuk mencari supplier yang sesuai.

saya dan madam chan

madam chan banyak membantu

Pembekal Alat tulis

Sehinggalah kami berjumpa dengan Madam Chan.Pada mulanya memang kami kena membeli semua stok alat tulis secara cash. Selepas beberapa bulan barulah supplier memberi kredit kepada kami. Memang terasa perit juga kerana kami tiada modal yang besar namun demi kelangsungan perniagaan kami tempuhi  juga.

Kami juga pernah menuggu berjam-jam di Jety Kuah untuk mencari siapakah pembekal majalah dan suratkhabar yang di bawa dari tanah besar.Ketika itu  ejen suratkhabar hanya di pekan Kuah sahaja. Malaupun margin keuntungan suratkhbar adalah kecil tapi ia umpama pelaris untuk customer masuk kedalam kedai.

Jual Top Up

Suatu ketika dulu kaedah top up sangat digemari oleh orang ramai jadi saya juga menjual top up digi, maxis dan celcom.Perniagaan topup ini juga bukanlah memberi margin keuntungan yang tinggi tetapi pusing balik modal sangat cepat.

Tapi juga sangat berisiko kerana kalau berlaku kesilapan memang tak balik modal pun.Bayangkan dengan kad top RM10 anda hanya boleh untung RM0.10sen sahaja. Macam suratkhabar juga bisnes top up juga umpama pelaris untuk orang masuk kekedai.

Untuk menampung keuntungan saya juga  tambahkan beberapa item lagi dalam kedai seperti tudung, T- shirt muslimah, brooch dan novel..Ada juga salesman yang datang letakkan minyak wangi, sticker, asam, cd dikedai. Kini kedai saya sudah jadi seperti kedai serbaneka pula.

Cik Siti gigit wayar.

Sekiranya anda  menjalankan perniagaan photostat seelok-eloknya anda memiliki sedikit kepakaran tentang mesin photostat ini. Kerana kos service sangat tinggi.Pengalaman yang tidak boleh dilupakan bila mesin photostat digital yang baru dibeli rosak disebabkan wayarnya digigit tikus.Ini tikus yang muncung tajam tu dan bersaiz kecil . Tak tahu macam mana dia boleh masuk dalam mesin dan akhirnya Rm12,000 hangus. Memang sedih sangat.Tapi saya masih bertahan juga dan sanggup tukar mesin yang lain pulak.

Bekalan novel

Untuk mendapatkan stok novel saya berurusan sendiri dengan PTS, Karangkarf, Alaf 21, Hidayah Publication, Sr Publication, Galeri Ilmu , Telaga Biru dan lain-lain lagi. Untuk membeli novel dan buku agama ini memang memerlukan modal yang besar kerana semua perlu dibuat secara tunai. Memang gali lubang timbus lubang juga la.



Laku Keras

Pasaran novel memang laku keras tetapi bergantung kepada judulnya terutama kalau novel itu difilemkan memang larislah jualan .Bila laris nak diorder baru dah out of stok pula. Kos transpost juga terpaksa ditanggung oleh kami sendiri setiap kali order barang. Manakala buku-buku yang tak habis dijual tidak dapat diterima semula oleh pembekal.Inilah risiko utama untuk menjual novel dan buku -buku di Langkawi ini kerana semua pembekal memberi alasan masalah pengangkutan.

Jualan

Biasanya jualan buku dan alat tulis ini sangat laris pada awal tahun. Hujung bulan pula jualan novel dan buku-buku agama pula laris ketika hujung bulan bila semua orang dapat gaji.Pada peringkat awal jualan dikedai memang memberansangkan. Ketika itu pelajar -pelajar memang kena ada kerja kursus iaitu folio. Memang tak menang tangan untuk kerja-keja binding folio pelajar-pelajar.Tetapi bila berlaku perubahan dasar iaitu sistem PBS pelajar tiada lagi  kerja kursus dan pasaran binding telah berkurangan.






Buat secara partime

Disebab saya dan suami bekerja kami tidak dapat berada dikedai sepenuh masa.Tidak dapat dinafikan ada juga dikalangan pekerja yang curi tulang dan tidak amanah. Pekerja kami juga silih berganti. Hal ini tidak dapat dielakkan untuk kami yang masih bekerja.Kalau dapat pekerja yang jujur dan amanah merupakan satu bonus.


munah bersama madam chan
Pasang surut perniagaan

Tidak dapat dinafikan bila buat bisnes tanpa ilmu memang akan langgar dinding. Bila semuanya main redah aje. Saya sendiri  tidak dapat fokus memantau kemajuan bisnes kerana sibuk dengan kerja hakiki. Faktor premis perniagaan juga penting untuk kejayaan sesuatu bisnes. Bila saya berpindah kekedai yang baru masalah parking berlaku dan kedudukan kedai  juga kurang strategik menyebabkan jualan merosot. Saya terpaksa berpindah kerana kadar sewa kedai lama  hendak dinaikan serta kedai lama berdekatan dengan kedai makan dan ada masalah tikus yang banyak yang menyebabkan banyak kerugian.

Tutup kedai

Selepas berbincang dengan suami dan ibu saya serta selepas solat istikharah kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan yang telah kami jalankan selama 7 tahun. Memang rasa sedih sangat sebab saya memang berusaha habis habisan untuk mempertahan kesinambungan perniagaan ini. Tetapi memandangkan saya masih bekerja dan tidak dapat fokus untuk teruskan perniagaan alat tulis ini maka kami terpaksa menutup perniagaan ini.

Saya pernah jatuh

Saya telah  membuat post mortem diri sendiri  tentang faktor kegagalan saya.Walaupun saya minat berniaga tetapi saya perlu mencari bisnes lain yang sesuai dengan kekangan masa saya. Alhamdulillah saya telah bertemu dengan bisnes shaklee.Nanti saya akan ceritakan  mengapa saya  jatuh cinta dengan bisnes shaklee.

Saya harap perkongsian ini dapat memberi  iktibar agar anda tidak mengalami kerugian seperti yang saya alami. Bisnes konvesional bukannya tidak bagus tetapi perlu dilakukan secara full time.Rancanglah perniagaan anda dengan teliti.Carilah pengalaman dan bergurulah dengan mentor yang betul kalau tidak anda akan langgar dinding.

Happy

Sekarang saya happy sangat dengan bisnes online shaklee.Dulu hujung bulan asyik dok memikir nak bayar gaji pekerja, sewa kedai, bayar hutang supplier, bayar bil. Sekarang saya rasa tenang dengan  extra income  
2k sekarang. Insyaallah dengan restu suami dan ibu saya akan meneruskan perniagaan ini dengan semangat yang berkobar-kobar menuju rank tertinggi Master Coordinator.

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara partime /fulltime dan ingin 3,4,5 angka jom join group MFMS yang sangat happening diMalaysia.

MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790

www.mimirohana.com

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/mimirohana








































Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?