Kerjayaku
Sebagai seorang guru sains saya sering melakukan experimen sains dalam makmal.Selepas bertahun -tahun mengajar saya memang terdedah dengan bahan kimia yang merbahaya. Tetapi saya sangat suka bereksperimen bersama pelajar-pelajar saya. Terasa Pdp saya lebih berkesan pada mereka.
Eksperimen kesan asap rokok terhadap peparu |
Tapi saya ni jenis alahan. Pantang tersilap sedut asap debu mesti bersin tak berhenti-henti.Walaupun ada langkah keselamatan seperti memakai mask tetapi masalah alahan tetap ada.
Selama 16 tahun saya mengajar memang menggunakan kapur untuk menulis. Kebetulan semua papan tulis dalam makmal semuanya belum di upgrade maka terpaksalah saya menyedut habuk kapur setiap hari.
Bolehkah anda bayangkan kalau berbelas tahun menyedut habuk kapur dan menyedut bahan kimia apa yang terjadi pada badan saya???. Kalau hari yang teruk tu asyik bersin sahaja dan air hidung asyik meleleh. Memang habis tisu sekotak la jawabnya asyik mengelap hidung. Sampai pelajar asyik menegur hidung cikgu dah merah..he..he walaupun cikgu ni bukannya putih sangat.
kapur mainanku |
Bila jadi begini memang terasa siksa sangat nak mengajar. Asyik tengok jam aje bila la nak balik kerana tak tahan asyik bersin dan badan rasa macam nak demam. Bila pulang kerumah kena singgah klinik untuk ambik ubat selesema dan demam. Beginilah rutin saya hampir setiap bulan. Kalau teruk memang dapat MC. Memang tak pernah dapat anugerah cikgu paling rajin sebab asyik MC setiap bulan.
Pelajar mereka cipta model sistem pernafasan |
Saya sebenarnya telah mencuba pelbagai perubatan resdung termasuklah rawatan tradisional.Dulu semasa mengajar di Jitra ada kawan cadangkan untuk berubat secara asap rokok dengan dengan sorang makcik dikampungnya. Saya telah pergi beberapa kali berubat tetapi masalah resdung masih tidak sembuh juga.
contoh rokok resdung |
Lepas tu adik saya cadangkan berubat resdung di Alor Setar kalau tak silap saya dekat dengan Shahab Perdana. Rawatan ini memerlukan saya menyedut air limau dan saya rasa serik sangat sebab terlalu pedih dan sakit dalam kepala.
Saya juga pernah buat rawatan buang resdung secara berbekam.. Cuba anda bayangkan macam mana rupa saya bila kena bekam muka dan hidung!!!. Nampak ketara lebamnya dan kawan-kawan sekerja asyik bertanya siapa tumbuk muka... lawak betulll..
gambar hiasan -bekam resdung |
Ubat Herba
Selain dari rawatan luaran saya juga telah mencuba rawatan herba tradisonal HPA untuk mengurangkan masalah resdung. Rawatan ini agak berkesan tapi sekarang sukar untuk mendapatkan stok barangan HPA.
Ubat Klinik
Akhirnya setiap kali ada masalah resdung dan selesema saya akan ambil ubat klinik sahaja.Seingat saya ubat resdung dan selesema dan paracetamol paling banyak dalam rumah. Saya ni jenis malas nak habiskan ubat . Bila rasa badan dah ok sikit bye..bye la semua ubat tu... Sebab tu asyik buat koleksi kat rumah.
Alhamdullilah selepas menggunakan set resdung /Alahan shaklee saya dapat rasakan masalah resdung sudah beransur pulih. Saya rasa lebih sihat dan lebih ceria ketika mengajar.Tahun ini hanya sekali saya ambil MC. Saya juga berikan pada anak-anak remaja saya. Ahamdullilah tiada lagi kedengaran bunyi bersin di waktu pagi.
Paling best guna set ABC ni ialah harganya yang mampu milik dan tahan lama sehingga 2-3 bulan dan sangat berbaloi untuk saya sekeluarga.
Testimoni pengguna
alhamdullilah semakin sihat |
Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara partime /fulltime dan ingin 3,4,5 angka jom join group MFMS yang sangat happening diMalaysia.
MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790
www.mimirohana.com
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/mimirohana
Feel Free to Share!
Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka