012-4064790

Bila Orang Perempuan Shopping -Jom Pi Langkawi

Assalamualaikum

Lama la tak update blog ni. Bulan lepas dok kalut marking paper kertas exam PT3 dan Percubaan SPM . So tak sempat la nak update blog. Sibuk konon...Ceh suka sungguh bagi alasan. Mentang-mentang la dok di Pulau Langkawi  .. ni pandai  pulak dok create alasan. Udah-udah la tu ..hendak seribu daya..hehe

Langkawi Syurga Pinggan Mangkuk

Langkawi sekarang ni tak payah tunggu musim  cuti sekolah. Hujung minggu pun ramai orang. Cer jejalan kat Jety Kuah hujung minggu. Fuh.. ramai sungguh pelancong. Macam macam bangsa ada. Kulit putih , hitam ,sawo matang  semua ada.Ramai yang  suka bercuti kat Langkawi ni.  Ala -ala oversea gitu.

Rombongan Cik Kiah

Tapi yang paling syok nak cerita ni tentang  rombongan Cik Kiah yang selalu datang ke Langkawi.
Depa kata syok laa.. mai langkawi ni. Boleh shopping pinggan mangkuk jenama yang femes tu.

Saya ni orang Langkawi tapi jarang benar nak shopping moping ni. Maklumlah tempat sendiri dok kalut apa. Set pinggan yang  guna kat rumah ni pun yang orang bagi  hadiah  kahwin 20 tahun dulu.Hehe..

Ok bila tengok rombongan cik kiah ni depa pakat dok serbu Komplex HIG tu la. Pakat dok pulun angkut pinggan mangkuk . Segala jenis cekelat, kain batik dan macam-macam beg depa angkut..Tak pa .. tak pa mana ada orang nak marah  kalau nak shopping.  Seronok sungguh shoppping ni maklum bukan selalu mai sini.  Jom kita tengok sat  apa yang depa dok syok sangat ni kat HIG
.
Sapa mai langkawi mesti mai kat sini


harge best ni pinggan mangkuk



ni set baru pulak.


amboi banyaknya beg pilih mana berkenan
kain batik  jangan lupa beli. murah kat sini 

Ni coklat  feveret 
nampak macam comel

helo-helo nak pilih mana satu ni..
kanak-kanak suka ni


Sampai langkawi ni macam-macam nak beli ni. Pinggan mangkuk cantik-cantik belaka.Harga pula lebih murah dari mainland. ni jadi rambang mata.. Sabar-sabar....Makcik-makcik dan kakak- kakak.Tengok dan belek-belek dulu . Pilih pelan-pelan yang mana berkenan.Ok. entry yang lain saya akan kongsikan kat mana lagi  tempat shopiing yang menarik di langkawi.


Kalau nak cari tempat penginapan boleh booking homestay saya. yang berdekatan Komplex HIG tu.. Jalan kaki pun boleh... Selamat bercuti..

ADANAN HOMESTAY KUAH LANGKAWI
No 21, TAMAN  MAHSURI,
KUAH  LANGKAWI
HUBUNGI : ADANAN LONG 017-5680972
                     MIMI ROHANA BT AMJAN -012-4064790
                      Email mimi.rohana5@gmail.com
                      www.mimirohana.com

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?