012-4064790

Jom Island Hoping Kat Langkawi


Island Hoping

Kalau datang  ke Langkawi mesti nak jalan-jalan. Jangan tak tahu island hoping kat pulau-pulau kecil di sekitar kepulauan Langkawi sangat menarik.

Kali ini anak-anak saudara saya decide nak kepulau Beras Basah , Pulau Dayang Bunting  dan Eagle Feeding.

Cuti panjang sempena tahun baru cina  kali ini memang ramai pelancong yang datang kelangkawi. Untuk trip Island Hoping ini kena tempah dulu bot yang ingin di sewa.


muka ceria


Jeti untuk ke pulau-pulau ini terletak  berdekatan dengan   Hotel Awana Porto Malai..Ada ramai pengusaha bot sewa disitu. 

Tapi pastikan memilih pengusaha bot yang memiliki ciri keselamatan seperti life jacket. Anak-nak saya memilih menyewa bot yang agak besar memandangkan ramai sepupu mereka juga  ingin turut serta. Bayaran untuk sebuah bot yang boleh memuatkan 12 orang ialah RM250.00


tak sabar tunggu bot



Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke Pulau Beras Basah. Dulu pulau ini sangat menarik kerana  banyak hidupan liar di pelihara di sini tetapi kini bilangannya sudah berkurangan..

singgah makan nasi lemak kat pulau beras basah






dah sampai  kat pulau dayang bunting

Pulau Dayang Bunting.

Pulau dayang Bunting  sangat istimewa dengan lagendanya seperti buaya putih  dan dikatakan  juga pasangan suami isteri  yang bertahun tahun berkahwin telah hamil setelah isterinya minum air dari tasik ini.

Banyak kemudahan disediakan untuk pelancong yang ingin mandi manda dan berkayak di tasik air tawar ini.

seronoknya

pandai ke berkayak tu.





Sekiranya anda ingin ke Langkawi anda dialu-alukan untuk menginap di homestay kami

ADANAN HOMESTAY KUAH LANGKAWI
No 21, TAMAN  MAHSURI,
KUAH  LANGKAWI
HUBUNGI : ADANAN LONG 017-5680972
                     MIMI ROHANA BT AMJAN -012-4064790
                      Email mimi.rohana5@gmail.com
                      www.mimirohana.com












Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?