012-4064790

TIPS KURUS



Tips kURUS : Jadi Katak Pekak

Tips kali ni saya nak cerita satu kisah katak.

Pernah dengar kisah katak pekak? Kepada anda yang pernah dengar cerita ini anggaplah ini siaran ulangan.

Pada suatu hari ada sekumpulan katak yang sekian lamanya dalam perigi nak berlumba antara satu sama lain untuk memanjat sebatang tiang yang licin untuk naik ke atas. Kepada siapa yang sampai ke puncak akan dinobatkan sebagai pemenang.

Beberapa ekor katak gigih memanjat tiang licin itu demi kemenangan. Manakala sebahagian katak-katak lain di bawah tukang sorak dan kritik.

Katak-katak di bawah berteriak
"Alaa...korang tak boleh panjatlah. Tiang tu licin."

Katak lain pula bersorak
"Sudahlah buat penat je korang panjat. Tiang tu tinggi sangat. Manakan terdaya korang berbadan kecil nak sampai ke puncak.

Maka seekor demi seekor katak-katak yang ambil bahagian kecundang dan jatuh kecuali seekor katak kecil masih gigih memanjat tanpa menghiraukan rakan-rakan lain.

Sedangkan katak-katak di bawah masih memerli-merli katak kecil yang gigih itu. " kau takkan sampai ke puncak, sekejap lagi kau pasti jatuh"

Namun katak kecil itu masih meneruskan usahanya sehinggalah akhirnya ia berjaya sampai ke puncak.

Katak di bawah tergamam dan hairan bagaimana katak kecil itu boleh berjaya.

Katak-katak lain busybody menanya apa rahsia katak kecil hingga boleh sampai ke puncak dengan jayanya.

Krik..krik..krikk...krikk!!

Katak kecil hanya tersenyum.

Rupanya, katak kecil itu PEKAK. Ia beranggapan kritikan rakan-rakannya tadi adalah sorakan semangat yang memberi energy kepadanya untuk terus memanjat dan memanjat hingga berjaya ke puncak.

MORALNYA : kalau anda nak berjaya jangan jadi kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anda sebagai pematah semangat malah jadikan kata-kata mereka sebagai dorongan. Pekakkan telinga. Jadikan ia sebagai dorongan kejayaan.

Tentu anda pernah mendengar kritikan rakan anda kan bila anda berimpian kurus.
"Alaa....ko mana boleh kurus, makan 3 4 pinggan..boleh ke?"

"Ko memang dah sejak azali dilahirkan bam bam, tak payah lah nak kurus"

Nasihat saya, jadikan kata-kata mereka sebagai perangsang untuk anda berusaha gigih untuk kurus.

Done GIVEUP!

SAYA DOAKAN ANDA KURUS DAN SIHAT


HUBUNGI GENG NECK
012-4064790

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?