012-4064790

Sedapnya Kerabu Bronok Kat Langkawi


Kerabu Bronok Makanan Eksotik Orang Langkawi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  buat semua pembaca blog saya. Saya doakan anda riang gembira bersama keluarga dan  sentiasa dirahmati Allah.

Hari ini menu tengahari keluarga saya ialah kerabu beronok. Ramai belum kenal benda apa bronok ni? Ia merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat. Biasanya ditemui di perairan sebelah Pantai Cenang Langkawi dikawasan yang berlumpur

Ramai juga rasa geli bila kali pertama melihat hidupan ini.Tapi rasanya sangat sedap bila dibuat kerabu.Bronok ini banyak terdapat dipesisiran pantai yang berselut. Bila air laut surut ramai penduduk tempatan akan kepantai mencari bronok.
 


Anak-anak saya sendiri  gemar sangat mencari bronok.Tengok tu  banyak betul bronok yang dikutip oleh anak -anak saya. Memandangkan terlalu banyak sebahagiannya saya  sedekahkan kepada jiran-jiran. Bronok ni tidak boleh disimpan lama kerana akan cair. Rasa bronok ini sedikit kenyal dan agak masin.

 

Penyediaan kerabu bronok

Biasanya bronok disiang dan dibuang bahagian kepala dan ekor.Seterusnya dikeluarkan semua lumpur yang berada didalam perut bronok. Untuk menghilangkan rasa hanyir  bronok biasanya asam jawa digunakan.

Seterusnya bronok tadi dihiris halus-halus dan dibersihkan. Ramuan asas untuk kerabu bronok ialah sambal kelapa, cili, bawang, serai ,kerisik serta ulam janggus.Semua  baan ini akan digaul bersama bronok yang telah dibersihkan. Juadah ini memang sangat istimewa dan hanya boleh didapati di Pulau Langkawi.


Sekiranya anda perlukan tempat penginapan diLangkawi  berkunjung ke Homestay kami

Adanan Homestay
No 21 Taman Mahsuri
Pekan Kuah
Hubungi Adanan Long
017-5680972

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?