Laktut
Penduduk Langkawi sangat mengemari ulam laktut ini.Bila sebut laktut rasa kecur air liur. Ia sejenis
tumbuhan yang hidup dipesisiran pantai.. Terdapat 2 jenis laktut. Pertama laktut jenis lipan yang mempunyai cabang yang lebih panjang. Manakala jenis lada cabangnya lebih pendek.
Rasanya sedikit masin dan biasanya dimakan bersama sambal kerisik.Tumbuhan ini biasanya banyak didapati di perairan berhampiran Belanga Pecah.Manakala Laktut jenis lada boleh didapati di Pulau Tuba.
Jenis Lipan |
Biasanya laktut ini banak dijual di market dan juga pasar malam tetapi akhir-akhir ini tumbuhan ini sudah semakin berkurangan. Mungkin faktor pembangunan yang semakin pesat dipulau ini menyebabkan tumbuhan ini semakin berkurangan.
Jenis lada |
Adanan Homestay
No. 21, Taman Mahsuri
Pekan Kuah Langkawi
Hubungi Adanan Long
017-5680972
Feel Free to Share!
Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka