012-4064790

Menuju kedewasaan.



Assalamualaikum

Oh anakku dah dewasa !

Anak saya yang kelima  Muhammad Azim  sudah berumur  9 tahun.  Muhammad Azim bersekolah di sekolah  rendah agama.  Di sekolah Azim merupakan pengawas sekolah dan sering menjadi imam solat untuk pelajar-pelajar tahun 3 di sekolahnya.

Memandangkan beliau sering menjadi imam dan sering mengikut abahnya ke masjid  untuk sembahyang berjemaah. Saya dan suami bercadang untuk sunatkan beliau semasa cuti sekolah akhir tahun. Alhamdullilah kebetulan abang saya telah  daftarkan nama anak saya untuk majlis berkhatan beramai-ramai di  kuarters Polin Merin Kuah Langkawi.

Pagi-pagi lagi Muhammad Azim bersiap -siap untuk majlis Berkhatan beramai-ramai .
Ni  Muhammad Ammar mula tu nak join last-last tarik diri

Berposing dulu sebelum bersunat

Kena  pujuk-pujuk sikit bagi kuat semangat


Anak   soleh bersama  abahnya

Abah  dah stanby bawa rombongan  berkhatan

Macam happy aje

Sepanjang perjalanan  ke Pekan Kuah Azim  kelihatan gembira.. Confident aje cakap " ramai kawan azim cakap ala.. sakit sikit aje pastu dapat banyak duit" kata Azim. Hai... bab  duit ni   kanak -kanak pun semangat. Perjalanan dari rumah saya ke kuarters polis merin mengambil masa 20 minit sahaja. Sebaik sahaja sampai kami disambut oleh Tn Rodzi dan isteri.Seramai 8 orang kanak-kanak terlibat dalam majlis berkatan ini. Kebanyakan anak staff polis merin. Meriah sungguh bila anak di iringi dengan paluan kompang dan bunga manggar.


semua peserta beratur

berdebar

berdiri sebaris

mendengar taklimat


ibu-ibu memberi semangat
 Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran polis merin  sungguh meriah . Semua ahli-ahli perkep turun padang bagi menjayakan majlis. Saya sungguh kagum dengan semangat  kaum ibu  ahli -ahli PERKEP ini. Semua persedian Khemah dan  kerja memasak di lakukan secara gotong royong.


persedian untuk memasak
semua dilakukan bersama

Semua  kanak -kanak diraikan dengan penuh meriah. Mereka  diberi beg hadiah dan  diraikan seperti raja sehari. Makanan yang di sediakan memang best ada udang nenas dan ayam percik. kuih muih dan buah-buahan. Memang seronok  dan gembira kanak-kanak ini.


selamat menjamu selera

                                                      
sukanya kanak-kanak dapat hadiah




makan bertambah azim

seronoknya dilayan bak raja sehari
selesai makan semua kanak-kanak di kuarantinkan di rumah sebelah.. Seorang demi seorang di panggil  untuk disunatkan. Pihak polis merin telah menjemput mudim  untuk majlis ini. Bayaran yang dikenakan tidaklah mahal hanya RM80.00 sahaja sebagi upah Tok Mudim.


azim sabar menunggu 

azim sedang di sunatkan

persediaan tempat untuk kanak-kanak yang telah bersunat

Alhamdullilah dah selesai

azim di pakaikan sarung

alhamdullilah dah selesai

sekarang dah boleh berehat


tidur

ibu-ibu membantu menenangkan anak masing
Ada seorang peserta  majlis bersunat ini non muslim. Menurut bapa kanak -kanak ini bersunat ini baik untuk kesihatan . Sebab itu beliau memilih untuk sunatkan anak lelaki tunggalnya. Selepas disunatkan  kanak-kanak ini dibekalkan dengan ubat penahan sakit.

kakak -kakak yang memberi sokongan moral untuk azim
Majlis  Bersunat beramai-ramai ini selesai pada pukul 4 petang. Ramai tetamu yang hadir kerana  seekor lembu telah di sembelih untuk majlis ini.Tetamu di jamu dengan gulai daging, kurma  , nasi putih dan nasi minyak. Kuih-muih juga disediakan. Kami  suami isteri sangat berterimakasih kepada  Tuan Rodzi dan isteri (bahagian Polis Merin Langkawi )kerana sanggup mejemput anak kami sebagai salah seorang peserta dalam majlis ini. Begitu juga kakak PERKEP yang sangat ramah tamah.



Alhamdullilah  kami sampai dirumah lebih kurang pukul 4.30 petang. Maka bermula lah tempoh berpantang Azim.Untuk mempercepatkan penyembuhan luka saya memberikan  Vitamin C dan Zink. Begitu juga dengan pemakanan juga kena pantang sekejap. Dalam tempoh seminggu luka azim semakin pulih. Pada mula dia agak seriau  untuk dipakaikan seluar . Selepas 2 minggu Azim pulih sepenuhnya. Sekarang dah tak boleh tinggal solat Azim.
         
                        

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?