Assalamualaikum w.b.t
REALITI KEHIDUPAN
Baru-baru saya menziarahi saudara yang tidak sihat. Beliau tinggal bersama-sama kedua ibubapanya yang sangat uzur. Sungguh sedih melihat keadaan keluarga ini yang tidak mempunyai pendapatan tetap tambahan pula ada ahli keluaraga yang sakit.
Sebenarnya kita semua dikelilingi oleh ramai orang yang susah, adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga. Ingin membantu tetapi kalau setakat makan gaji berapa sangatlah yang dapat dibantu. Itupun kena tunggu hujung bulan bila ada duit lebihan.
Makan gaji ni memang kena betul berjimat agar tidak lari budget. Kadang-kadang tu seperti gali lubang timbus lubang. Duit simpanan pun terpaksa dikeluarkan bila keadaan mendesak. Kalau anak seorang dua boleh tahan lagi. Tapi kalau sampai 5 -6 orang memang terasa bebanannya.
Ramai kawan-kawan saya juga makan gaji. Kalau tengok luarannya orang makan gaji ni memang nampak smart aje. Maklum sajalah pakaian dan eksoseri yang dipakai semua branded dan mahal belaka tapi ada kawan pernah mengeluh nampak luaran sahaja bahagia tetapi dalaman menderita . Apa tidak nya tak sampai hujung bulan gaji dah habis.....
SAYA AHLI SHAKLEE
Saya juga begitu dulu .. ada duit cukup-cukup saja. Tapi alhamdullilah sejak join bisness shaklee saya dapat merasa bonus 4 angka. Dulu saya join shaklee cuma suka-suka sahaja. Tambahan pula ayah saya sakit .. lumpuh jadi saya cuba search google untuk mencari supliment untuk ayah. Alhamdullilah bila saya terlibat dengan shaklee saya nampak ini adalah satu-satunya bisnes yang mudah. Tetapi bonusnya amat lumayan sekali jika kena caranya.
Sebenarnya saya dah buat bisness sudah lama. sejak tahun 2007 lagi. Waktu tu saya ada buka kedai alat tulis dan photostat serta top up secara kecilan di kampung. Disebabkan cuma berniaga mengikut gerak hati sahaja. Untung pun hanya sedikit sahaja. Saya sebenarnya tiada pengalaman berniaga. Biasalah adat berniaga kadang-kadang ada hari untung kadang-kadang tu cuma boleh cover kos sahaja. Hujung bulan memang pening kepada juga sebab nak bayar gaji pekerja , sewa kedai dan juga pinjaman.Alhamdullilah kedai saya masih bertahan sampai saat ini walaupun keuntungan tidaklah sebesar mana.
Tetapi semenjak saya join shaklee ini saya dapati ini adalah bisnes yang paling rendah risikonya . Modal permulaan hanyalah RM75.00 . Selepas daftar anda akan dimasukkan dalam secret group . Di sinilah saya belajar bagaimana hendak menjalankan bisnes online ini. Bulan pertama dan kedua saya cuma mendapat bonus 2 angka sahaja . Tetapi selepas mendapat tunjuk ajar dari mentor yang betul kini saya telah berjaya mencapai bonus empat angka. Saya sendiri tidak pernah menyangka saya berjaya naik rank dari SID biasa seterusnya rank Supervisor dan sekarang Senior Supervisor. Matlamat saya bulan Disember ini saya mesti naik rank menjadi Coordinator. Semoga Allah permudahkan cita-cita saya ini.
BERUBAHAN DIRI
Banyak perubahan selepas saya join dengan shaklee. Dari segi kewangan alhamdulillah saya ada pendapatan sampingan. Saya juga dapat menghulurkan derma dengan jumlah yang lebih banyak tanpa ada perasaan ragu-ragu. Kerana saya percaya kita tidak akan miskin dengan bersedekah. Saya sangat gembira dapat membantu lebih ramai saudara yang susah. Sebahagian dari bonus juga dapat dihulurkan buat ibu ayah yang sudah tua. Saya juga berazam untuk membawa ibu saya untuk menunaikan umrah. Semoga ALLah permudahkan..
Walaupun saya seorang guru tapi saya tak pandai menulis blog atau mempunyai account facebook. Tetapi semenjak mengenali shaklee ilmu IT saya semakin bertambah. Dengan adanya blog ini saya dapat meluahkan lebih banyak idea bukan sahaja mengenai bisnes tetapi isu- isu pendidikan.
magic aura kat perlis |
Dari segi kesihatan anak-anak juga bertambah baik. Jarang dah sekarang ni kami sekeluarga bertandang ke klinik. Anak-anak semua semakin cegas. Saya sendiri merasai lebih sihat selepas mengamalkan produk ini. Sebagai ibu beranak 6 saya sangat memerlukan tenaga untuk menguruskan keluarga. Rutin harian sebagai surirumah memang tak pernah selesai. Alhamdullilah walaupun saya selalu tidur lewat tapi masih cergas dan bertenaga. Saya mengamalkan set kesihatan Optimum iaitu Vitalea, B Complexs dan vitamin C
keluarga sihat dengan shaklee |
ayah lumpuh |
ayah semakin pulih |
Kesihatan ayah juga semakin baik selepas mengamalkan produk shaklee. Kini ayah sudah mampu mengesot sendiri ke bilik air. Sakit sendi dan belakang ayah juga semakin berkurangan.Masalah sembelit yang dihadapi oleh ayah juga dapat di atasi dengan pengambilan herbalax. Ingatan ayah juga semakin pulih bila mengambil omega dan lecithin
produk shaklee |
shaklee yang mesra alam |
rumput banyak untuk siti shaklee |
ibu tersayang |
SITI SHAKLEE AHLI BARU
Sudah lama saya ingin membela lembu. Maklumlah saya tinggal dikampung dan dikelilingi kawasan sawah padi maka soal makanan lembu memang tidak menjadi masalah. Alhamdullilah baru-baru ni saya dapat membeli sesekor anak lembu betina dengan bonus shaklee. Anak-anak saya juga sangat gembira bermain -main dengan anak lembu yang jinak ini. Anak lembu ni kami namakan SITI SHAKLEE. Anda boleh lihat di sini betapa jinaknya SITI SHAKLLE saya yang berumur 1 tahun.
siti shaklee |
siti yang jinak |
anak-anak sangat gembira |
hasil bonus shaklee seekor lembu. |
Kini saya sangat gembira dengan perubahan hidup. Saya ingin sekali berkongsi bagaimana saya berjaya dalam bisnes shaklee Sekiranya anda ingin berniaga dengan cara yang mudah serta risiko yang rendah sila hubungi saya
MIMI ROHANA AMJAN SMS WHATSAAP 012-4064790
SID 929478
www.mimirohana.com
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/mimirohana
Feel Free to Share!
Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka