012-4064790

Bila Azim kena Astma.....


Assalamualaikum semua

Dah hampir 2 minggu saya tidak mengupdate blog selepas anak saya  Azim  kena penyakit  Astma baru-baru ini.Azim seorang anak yang aktif dan rajin menolong abahnya membersihkan kawasan rumah.. Tetapi semenjak lepas bersunat tahun lepas selera makannya semakin meningkat dan sudah jadi-jadi  kata kakak-kakak Azim.

Azim rajin menolong abah
Azim sayang Arnab

Azim sangat suka binatang peliharaan. Kalau cuti sekolah kami selalu juga pergi ke
Taman Burung kerana Azim suka sangat haiwan.

Budak bila dah suka dengan haiwan ni.bukan main taksub dia..Ada ke patut diam-diam.siAzim.ni bawa sangkar arnab.masuk dalam.bilik.

pastu setiap hari rajiln pulak.mandikan arnab.ni. Nak kering kan bulu arnab siap lap.dan bawa masuk bilik.Kononnya bila kena kipas angin lagi cepat kering bulunya.

Mula-mula saya tegur juga azim jangan terlalu bermain-main dengan arnab. Sekejap ok la lepas tu buat lagi. Siap dukung lagi arnab putihnya.

Lepas 4-5 hari saya lihat ada perubahan dekat azim. .Dia mula batuk dan selesema. Tapi demamnya tidak begitu tinggi.

Ingatkan ok la. Mungkin sebab cuaca . Saya berikan vitamin c dan nutriferon untuk beliau..Tapi masih tidak berkesan batuknya makin menjadi-jadi dan kelihatan bernafas termengah-mengah seperti orang semput.

sebelum ini azim pernah juga lelah. Kalau tahap teruk kami bawa kehospital untuk nib. Pastu  ok .

Saya mula rasa tidak sedap hati dengan keadaan azim. Segera kami bawa kehospital bahagian  kecemasan.

Azim mula diberikan nib.Selepas 3 kali keadaan azim masih tak berubah. Masih penat dan kelihatan lemah sekali . Doktor juga dah beri isyarat untuk masukkan Azim ke Wad kanak-kanak. Tengok tu muka sedih ja.. kena masuk ward.


semasa dalam wad kecemasan


warded selepas 3 kali nib

Semasa Azim di pindah ke wad  keadaan menjadi agak cemas bila kandungan okdigen dlm darah drop dengan mendadak. Empat malam juga Azim berada di hospital . Alhamdulillah akhirnya Azim dibenarkan pulang ke rumah..






adik kecil ni pun kena athma

comel

antara faktor astma

boring duk kat ward
Alhamdulillah selepas pulangke rumah kami lebih alert tentang  penyebab astma ni. Arnab kesayangan  Azim  terpaksa diberikan kepada orang orang lain. Pada mulanya Azim sedih juga untuk berpisah dengan  arnab kesayangannya tetapi  bila teringat kisah kat ward  hari tu... dia terpaksa  setuju jugaklah untuk berpisah dengan haiwan kesayangannya tu.


Untuk menguatkan imuniti Azim setiap hari saya berikan omega guard dan vitamin c.Alhamdulillah sekarang Azim telah bebas dari penyakit astma dan saya doa azim akan menjadi anak yang soleh bahagia dunia akhirat.





Azim dan Ammar

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
012-4064790
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?