012-4064790

DOA , ZIKIR SERTA PERSEDIAAN UNTUK BERSALIN

DOA DAN ZIKIR SERTA PERSEDIAN UNTUK BERSALIN.


Selepas kandungan mencecah 9 bulan, pasti anda semakin berdebar-debar…tidak sabar rasanya nak melihat wajah si kecil.. sihat kah dia.. adakah wajahnya ikut wajah ibu atau wajah ayah… Bagi yang sengaja memberi kejutan untuk jantina bayi mereka, pasti lebih berdebar-debar… yelah kan… sebab jantina anak belum di ketahui, sengaja dibiarkan untuk kejutan pada diri sendiri.. Namun, persediaan untuk bersalin, pasti sudah di rangka-rangka.. Manalah tahu, tiba-tiba bersalin lebih awal daripada EDD…hehhee.. Waktu bersalin adalah sukar untuk dijangka.. sedangkan pengalaman saya sendiri, bayi saya nampaknya lebih suka duduk lama dalam perut…hahaaa.. dua-dua lahir selepas 40 minggu 1 hari… tapi, ada yang bertuah, bila bersalin 2 minggu lebih awal daripada EDD.. sekurang-kurangnya debaran itu cepat hilang… macam saya, asyik tanya kat baby, bilalah dia nak keluar, sebab umminya takut kena induce atau caesar..hahaaa..
Sebelum saya berceloteh terlalu panjang, saya nak share bersama anda, tentang tips persediaan sebelum anda bersalin.. Selamat membaca.. (^_^)
1. Bajet Melahirkan
  • Walaupun anda merancang untuk bersalin normal, tapi anda tetap perlu peruntukkan wang untuk bersalin secara caesarean.
  • Ini penting untuk dilakukan, kerana dikhuatiri anda terpaksa bersalin secara pembedahan, sekiranya ada komplikasi tertentu timbul
2. Lokasi hospital bersalin
  • ini adalah penting kerana, ia dapat memudahkan anda untuk menuju ke sana, apabila tanda-tanda bersalin sudah kelihatan
  • adalah dinasihatkan untuk memilih hospital yang berdekatan dengan kediaman, kerana jika berlaku sebarang komplikasi, anda boleh sampai ke sana dengan segera
  • elakkan memilih hospital yang berada di kawasan sesak dengan lalu lintas
3. Kemudahan hospital
  • kemudahan yang anda perlu beri perhatian ialah, wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan
  • pastikan semuanya lengkap dan mencukupi untuk rawatan ibu dan anak
  • anda juga perlu tahu, jika hospital tersebut mempunyai sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau lemas sewaktu bersalin
  • Sangat penting untuk memilih hospital yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi
4. Kelas antenatal
  • Ia merupakan kelas yang akan memberi pendedahan kepada anda tentang selok belok perihal bersalin dan lain-lain
  • Antara topik yang disentuh, biasanya pemakanan semasa hamil, senaman ibu hamil, pilihan penggunaan ubat tahan sakit, demonstrasi penjagaan bayi baru lahir, penjagaan ibu selepas melahirkan, penyusuan susu ibu dan banyak lagi
  • Sebaik-baiknya, pilih kelas antenatal di hospital yang anda rancang untuk bersalin, kerana anda dapat mengenali doktor pakar perbidanan dan sakit puan, doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar bius,  jururawat dan lain-lain lagi
5. Penyusuan susu ibu
  • Buat persediaan secukupnya sejak dari awal kehamilan, sekiranya anda bercadang mahu menyusukan bayi secara eksklusif apabila dia lahir kelak
  • cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan susu ibu termasuk kesukaran yang mungkin berlaku
  • Paling penting, sebaik bersalin, anda melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan membiarkan bayi mencari puting untuk menyusu bagi merangsang rooting reflex memandangkan dia sememangnya mempunyai naluri hisapan yang kuat
  • Penyusuan dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum yang menjadi imunisasi semula jadi pertama kepada bayi
  • Malahan, ia juga membantu merangsang proses penghasilan susu ibu secara berterusan
6. Kehamilan berisiko caesarean
  • terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda bersalin secara caesarean
  • contohnya, proses kelahiran terbantut setelah tiada kemajuan pembesaran saiz serviks biarpun dibantu dengan ubat penguat kontraksi, janin mengalami masalah antaranya bekalan oksigen tergendala, tali pusat terhimpit sehingga mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun, saiz badan bayi terlalu besar jika dibandingkan dengan tulang pinggul anda, kedudukan bayi songsang, serta terdapat jangkitan pada anda seperti herpes genitalia yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran
7. Selusuh
  • Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu kepada Allah swt agar anda diberi kekuatan sepanjang proses kelahiran 
  • Ayat-ayat dan doa-doa terpilih berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma
  • Sebaik-baiknya, air selusuh yang disediakan oleh suami
  • Cara-cara membuat air selusuh, klik link ini.
8. Kelengkapan ibu
  • Semakin menghampiri waktu bersalin, anda sudah pun siap menyediakan barangan kelengkapan untuk di bawa ke hospital
  • Antaranya, pakaian untuk pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital, beberapa helai coli menyusu, pad payudara dan seluar dalam pakai buang, kain batik, stoking dan selipar serta alatan mandi, tuala mandi, tuala wanita dan lain-lain yang perlu.
  • Paling penting, adalah kad pengenalan anda dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil
9. Kelengkapan bayi
  • Pakaian bayi berlengan panjang serta seluarnya, topi, sarung tangan dan sarung kaki, kain bedung dan selimut, lampin bayi untuk dibawa ke hospital.
  • Untuk kelengkapan selepas keluar dari hospital, beberapa helai baju berlengan panjang dan seluar panjang, baju berlengan pendek dan seluar pendek serta sarung tangan dan sarung kaki, termasuklah bedak, losyen, syampu, sabun mandian, minyak bayi, minyak telon, kapas muka, tisu basah dan sebagainya.
10. Kelengkapan ayah
  • persediaan snek dan minuman berkhasiat yang dibekalkan tentu sahaja dia tidak perlu meninggalkan bilik bersalin
11. Persediaan berpantang
  • Untuk kelancaran proses berpantang, anda perlu menyediakan kelengkapan yang perlu dan mencukupi.
  • Sediakan siapa yang menjadi tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin serta batu tungku, bagi membolehkan anda bertungku nanti.
  • Untuk set bersalin, pilihan yang terbaik adalah, anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan diri anda.
12. Rehat yang cukup
  • Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum melahirkan
  • Makan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi dalam kandungan dan pastikan perut anda terisi sebelum proses kelahiran bagi mengekalkan stamina semasa bersalin.
  • Jika anda kurang selera, jangan paksa makan, tapi makanlah sedikit dengan kerap
13. Gembira dan Tenang
  • Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat,terangsang, pintar dan cerdas.
  • Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan zuriat yang bakal lahir mesti ditunjukkan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Yang Maha Esa
14. Ingat Allah s.w.t
  • Banyak mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati daripada perasaan tidak baik.
  • Perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama hari isnin dan khamis serta melakukan kebajikan
15. Doa dan amalan semasa bersalin
  • amalan berzikir dan banyak berdoa amat digalakkan
  • amalan ini bagus kerana ia dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika menghadapi kesakitan melahirkan anak nanti.
  • Antara surah yang baik untuk diamalkan; Surah Al-Fatihah, ayat kursi, surah maryam, surah al-anbiya ayat 87 (doa nabi yunus), ayat 20 surah ‘Abasa, ayat 35 surah Al-Ahqaaf, ayat 46 surah An-Naziat dan Surah An-Nahl: ayat 78-80
16. Tanda kelahiran
  • ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
  • antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit
f. Kontraksi berlaku semakin kerap
  • Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya dibahagikan kepada tiga tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah berpengalaman.
17. Tahap pertama
Kelahiran bermula:
  • rasa sakit pada bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks
  • rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga bahagian bawah abdomen (rongga perut)
  • keadaan ini berlaku dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali berlakunya kontraksi
  • tanda-tanda, akan keluarnya mukus yang bercampur darah dari faraj
  • ini adalah disebabkan mukus mula memenuhi srviks
18. Tahap kedua
  • serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat pundi ketuban pecah
  • Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi kencing anda supaya tidak mengembung kerana boleh menghalang kepala bayi daripada turun
  • semasa proses kelahiran, anda perlu baring pada posisi yang sesuai sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke puncaknya
  • pada ketikan ini, kepala bayi sudah berada pada perineum dan bahagian dubur mulai mengembang
  • tugas yang paling kritikal pada tahap kedua ialah untuk mengelak perineum terkoyak
19. Tahap ketiga
a. proses pengeluaran uri dan selaput ketuban
  • uri biasanya cepat lekang, ia akan mengambil masa dua hingga lima minit selepas bayi lahir
  • selepas ia lekang sepenuhnya, doktor akan menggunakan sebelah tangan untuk menolak rahim yang mengecut ke arat pusat, manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang keluar
b. proses menghentikan pendarahan dan menjamin pengecutan serta penarikan rahim dengan sempurna
20. Urutan perineum dan episiotomi
  • urutan perineum biasanya urutan yang dipraktikkan oleh wanita hamil di kawasan faraj sebagai persediaan untuk bersalin
  • urutan dilakukan untuk mengurangkan risiko perineum daripada terkoyak ketika kelahiran berlaku
  • episiotomi biasanya dilakukan oleh doktor dengan menggunting sedikit faraj untuk memudahkan laluan bayi
  • tidak semua wanita hamil memerlukan episiotomi kecuali pada kes-kes tertentu seperti kandungan sulung, sebelum prosedur vakum atau forsep dan juga kelahiran songsang
————————————————————————————————————
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?