012-4064790

Anakku patah tangan


Assalamualaikum dan  selamat sejahtera  kepada semua pembaca blog saya.Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan kerja hakiki maklumlah makan gaji.

Cikgu sekolah anak telefon

Hati saya berdebar-debar bila suami telefon saya mengatakan anak saya berada dihospital.Rupa-rupanya anak saya terjatuh dalam kelas. Budak-budak semasa masa peralihan kelas ni kadang-kadang suka gurau-gurau terutama budak lelaki gurauannya agak kasar. bila terjatuh  anak saya menangis kerana tangannya sakit.

Nasib baik guru kelasnya cepat membawa Azim kehospital untuk di x-ray.Selepas waktu sekolah saya dan suami bergegas kehospital. Sewaktu kami sampai Azim sedang berada dalam bilik rawatan.


                                         


                                                                     Patah Tangan  ke?
Muka sedih



tunggu nak  x-ray
Tidur Kat Ward

Selepas pemeriksaan ternyata tulang sendi Azim retak. Jadi terpaksalah  bermalam di ward. Nasib baik kak Ngahnya sedang cuti semester bolehlah  temankan anak teruna sorang ni.


                                                              tangan beranduh

Pengalaman berada dihospital sungguh menginsafkan . Kes yang patah juga banyak terutamanya yang exciden. Azim  sangat bertuah kerana tangan yang retak tu tangan kiri jadi bab nak menyuap makanan tu tak ada masalah. Dua malam juga anak teruna ni berehat kat hospital.
saudara mara  melawat

setiap hari mesti ambil



Untuk mempercepatkan proses penyembuhan  saya berikan Azim Ostematric dan Omega. Alhamdullilah semasa rawatan susulan baru-baru ni Dr menyatakan keretakan tulang  Azim semakin pulih.


Selepas discharge Azim dapat MC hampir sebulan. Tapi  Azim pergi sekolah juga. Katanya bring dudk kat rumah sorang-sorang. Alhamdulillah walaupun memakai anduh.Azim dah boleh pergi sekolah dengan izin Guru Besar. Tahun ini Azim ada Upsr jadi tak boleh  cuti lama sangat . Doakan semoga anak saya berjaya dalam UPSR  bulan September nanti.


Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan dengan shaklee boleh berhubung  dengan saya

mimi rohana amjan
Sid 929478
0124064790

Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?