012-4064790

Syukur..Mak saya tak sakit lutut




Assalamualaikum,

Didoakan semoga anda semua pembaca blog saya dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan  dan kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Alhamdulillah baru-baru ni mak saya telah meyambut hari ulangtahun yang ke70. Syukur sangat -sangat kerana Allah telah kurniakan kesihatan yang baik buat mak saya.


manis senyuman mak



Keramat hidup
Sungguh besar jasa mak membesarkan kami adik beradik. sanggup bergolok bergadai bagi menyekolahkan kami.Semoga Allah panjangkan usia mak agar kami adik beradik dapat berbakti kembali kepada mak.

Happy birthday Mak

Sempena  ulangtahun kelahiran mak  kami adik beradik berkumpul dan mengadakan jamuan  untuk meraikan ulangtahun mak. Walaupun majlis ini sederhana tapi meriah dengan kerenah anak-anak saudara.

dulu mak suap saya , hari ni nak suap mak pula

ada pembantu untuk potong kek

meriah
Mak saya cergas

Alhamdulillah mak saya tidak ada sebarang penyakit yang serius setakat ini. Biasanya wanita seusia mak ada macam-macam penyakit. Mak cuma ada masalah dengan kakinya.Pernah suatu ketika  dahulu   mak jatuh basikal dan kakinya patah.

Selama 6 bulan mak mengesot di dalam rumah sahaja. Berkat  kesabaran akhirnya mak berjaya berjalan semula serta boleh mengayuh basikal kembali.

Rahsia mak
Seingat saya dari saya kecil lagi mak sudah membuat kuih muih untuk menyara kami adik beradik. Macam macam kuih mak buat untuk jualan seperti kuih koci, kuih apam dan paling terkenal ialah pulut udang,

Biasanya mak akan tidur awal dan bangun sekitar pukul 3 pagi untuk menyiapkan kuih muih. Mak biasanya akan solat tahajud dahulu sebelum meneruskan kerja menyiapkan kuih muih.

Hadiah

Walaupun mak tidak sakit lutut namun saya tetap hadiahkan set sendi untuk mak.Maklumlah beringat sebelum kena.Ada kawan-kawan mak saya sakit lutut dan terpaksamembuat pembedahan dengan kos yang sangat tinggi mencecah puluh ribu ringgit.

set sendi
Pengambilan set sendi ini insyaalah dapat membantu mak saya untuk solat dan berjalan dengan lebih selesa.Harapan saya  Allah panjangkan usia mak saya agar kami adik beradik dapat berbakti dan mengembirakan hati mak. Kasih Ibu sehingga Ke Syurga...




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790

www.mimirohana.com




Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?