012-4064790

Hebatnya Doa Angin Ahmar

Doa Angin Ahmar


Sejarah angin ahmar(stroke)

Angin ahmar ialah sejenis angin yang dicpta oleh Allah SWT berwarna merah. Di Malaysia angin ini disebut sebagai penyakit mati sebahagian badan yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar diubati.

Walau bagaimanapun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya, maka melalui Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, umat Islam telah dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah wujud semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima untuk menghadap seluruh rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda berasa ujub atau bangga diri, dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah SWT yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia bertubuh besar, gagah dan hebat serta garang, Nabi Sulaiman a.s terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama ar-Raihul Ahmar (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya daripada segala penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Lalu Nabi Sulaiman a.s segera mengarahkan panglima-panglimanya untuk membunuh ar-Raihul Ahmar. Namun lembaga itu menjawab tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, kemudian segera menghilang.

Angin ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali r.a pernah terkena penyakit angin rongga dan keluar darah. Ketika itu turun malaikat Jibrail a.s dan memberitahu baginda bahawa Hassan a.s terkena penyakit angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibrail a.s menjawab 'ada' lalu ghaib.

Sebentar kemudian Jibrail a.s kembali dan memberitahu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam pun membaca doa tersebut dan dalam masa yang singkat sembuhlah Saidina Hassan a.s, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada sekalian umat Islam.

Mereka yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca doa ini seberapa kerap terutama selepas solat. Sesetengah ulama menulis doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih, kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan bakinya disapukan kepada anggota yang terkena penyakit tersebut.

Yakinlah doa ini, kerana dengan keyakinan, insya-Allah mereka yang terkena penyakit angin ahmar akan segera sembuh, terutama jika angin ahmarnya belum terlalu berat.

Bertaqwalah kepada Allah SWT kerana dengan taqwa kepada Allah SWT doa kita akan dimakbul oleh-Nya. Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

 Doa angin ahmar
Sama- samlah kita mengamalkannya.







Feel Free to Share!

Jemput share entri ini dengan rakan dan saudara anda sekiranya anda suka dan rasakan ia bermanfaat untuk mereka



Apa Kata Anda?